Status halal 1.3 juta ayam sembelihan diragui

sembelih ayam

Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Kira-kira 80 peratus atau 1.3 juta ekor ayam yang disembelih setiap hari di hampir 2,000 pusat penyembelihan ayam di seluruh negara diragui status halalnya.

diakui sendiri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerana kebanyakan premis itu tidak berlesen atau dipantau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Hanya 300,000 ekor ayam sehari (20 peratus) yang disembelih di 23 loji penyembelihan berskala besar yang dipantau Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dijamin halal serta mendapat akreditasi Veterinary Health Mark (VHM) dan Good Veterinary Hygiene Practices (GVHP).

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.