Star Wars Paling Cepat Raih Kutipan Global Lebih AS$1b

tfa_poster_wide_header_adb92fa0

LOS ANGELES – Star Wars – The Force Awakens mencatat kutipan global lebih AS$1 bilion (RM4.29 bilion), lebih pantas berbanding mana-mana filem dalam sejarah.

Sekuel ketujuh filem fantasi sains fiksyen itu juga mencatat kutipan domestik tertinggi pada hujung minggu sempena Krismas, mengumpul hingga AS$153.5 juta (RM658.97 juta).

Ia mewakili kedua-dua kutipan terbesar sempena Krismas dan kutipan terbaik minggu kedua buat sebuah filem dalam sejarah.

Di AS, “The Force Awakens” menjana sebanyak AS$544.6 juta (RM2.34 bilion) manakala di seluruh dunia angkanya mencecah hampir AS$1.1 bilion (RM4.72 bilion).

Tempoh tiga hari cuti hujung minggu turut dianggap sebagai kutipan terbesar hujung minggu Krismas secara keseluruhan dalam sejarah, mengalahkan perolehan AS$269.8 juta (RM1.16 bilion) pada tahun 2009, tayangan “Sherlock Holmes” dan “Avatar.” – Reuters

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.