Stacy Akhirnya Peluk Islam

stacymasukislam

Alhamdulillah. Akhirnya penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Stacy Angie telah pun bergelar seorang muslim. Majlis lafaz syahadah telah dilakukan pada petang hari ini di Jabatan Agama Islam Johor Bahru ditemani oleh Akim dan ibu serta bapa kekasihnya. Stacy yang berasal dari Sabah sebelum ini beragama Kristian.

stacymasukislam2

Stacy dikatakan telah memilih nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah. Maklumat rasmi tentang berita gembira ini akan dimaklumkan oleh pihak Astro yang bakal mengadakan sidang media petang esok. Apa pun, jutaan kegembiraan dan selamat datang diucapkan kepada Stacy.

Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan buat Stacy @ Ummu Syaikhah Stacy Abdullah. Amin.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.