SPRM telah hubungi peguam Jho Low

image (3)

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menghubungi peguam kepada jutawan Jho Low untuk dirakam percakapannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan perkara itu dengan lebih lanjut kerana masih dalam siasatan.

“Bagi kes yang disiasat SPRM telah menghubungi peguam kepada Jho Low bagi menetapkan tarikh untuk dirakam percakapan.

“Bagaimanapun, SPRM tidak dapat dedahkan hasil perbincangan ini supaya tidak menganggu sisatan yang sedang dijalankan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Jeff Ooi Chuan Aun (DAP- Jelutong).

Jeff Ooi meminta menteri menyatakan kedudukan semasa  Jho Low dan apakah usaha SPRM menangkap ahli perniagaan itu bagi membantu siasatan ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Paul Low, SPRM tidak lagi terlibat dalam siasatan 1MDB disebabkan pembahagian tugas yang telah dibuat Peguam Negar baru-baru ini.

“Siasatan 1MDB diletakkan di bawah Polis DiRaja Malaysia, manakala SPRM hanya menjalankan siasatan terhadap SRC International,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.