Solat hajat mohon hujan

SYDNEY – AUSTRALIA. Mufti Australia menggesa umat Islam di Australia melakukan solat hajat memohon hujan susulan kebakaran mega yang makin merebak di tenggara negara itu.

Anggota bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran dari merebak ke Sydney.

Anggota bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran dari merebak ke Sydney.

Ibrahim Abu Mohamed meminta 350,000 penduduk Muslim berbuat demikian selepas kebakaran gagal dikawal.

“Solat hajat adalah tradisi dalam Islam. Kami memohon hujan bagi membantu mengurangkan suhu panas melampau,” katanya dalam laporan dpa.

Sejak minggu lalu, pasukan bomba gagal mengawal kebakaran hutan yang kini sudah merebak kira-kira 110,000 hektar dan memusnahkan lebih 200 rumah di New South Wales.

Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Pedalaman Shane Fitzsimmons berkata, kebakaran merebak ke Blue Mountains, 70 kilometer barat Sydney susulan angin kencang, semalam.

“Seramai 70,000 anggota bomba termasuk 1,100 bomba sukarela berusaha mengawal kebakaran dengan 318 jentera bomba digunakan termasuk 84 pesawat ‘pengebom air’,” katanya.

Menurutnya, terdapat 62 kebakaran aktif dan suhu mencecah lebih 40 darjah Celsius.

“Kami khuatir kebakaran merebak ke bandar Sydney yang mempunyai kepadatan 4.4 juta penduduk,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.