Sokong pimpinan Najib

image (1)

KOTA BHARU – Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Kelantan mengadakan himpunan bagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menepis tanggapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerang secara peribadi terhadap pentadbiran Najib sejak akhir-akhir ini.

Pengerusinya, Zakaria Salleh berkata, beliau amat kecewa dengan tindakan bekas Perdana Menteri itu yang secara terang-terangan menyerang Najib.

“Seharusnya sebagai veteran Umno dan pimpinan Kerajaan sebelum ini, beliau tidak menyerang Najib secara peribadi.

“Ini akan menyebabkan rakyat terkeliru dan perkara ini boleh menjadi satu senjata bagi pihak pembangkang untuk menyerang UMNO dan parti komponennya BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti,” katanya kepada media ketika mengadakan demonstrasi di Kampung Salor di sini.

Zakaria berkata, beliau mengharapkan pimpinan BN dan Umno perlu berdiri teguh di belakang Najib, yang juga merupakan Presiden Umno bagi menegakkan keadilan.

“Jelas isu ini satu kemelut yang besar kepada negara dan ia memberi kesan kepada semua pihak. Apa pun saya pasti, Datuk Najib merupakan seorang yang penyabar dan mampu memimpin negara, walaupan banyak cabaran namun beliau dapat menghadapinya dengan tabah,” katanya.

Justeru beliau berharap sokongan akan terus diberikan kepada Perdana Menteri itu, bagi menepis segala tohmahan terbabit dan yakin Najib dapat mentadbir negara walaupun kemelut ini belum selesai.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.