Sofia Arissa Nama Anak Liyana Jasmay

lj1-565x376Mengambil keberkatan hari ketujuh kelahiran anak perempuannya, Liyana Jasmay mengumumkan nama anak sulungnya di laman Instagram, sebentar tadi.

Puteri sulungnya itu diberi nama Sofia Arissa dan Liyana turut berkongsi gambar anaknya buat pertama kalinya di Instagram.

baby-liyana1-300x254baby-liyana-300x168Liyana selamat melahirkan Sofia Arissa pada 12 Mei lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada jam 7.40 malam secara normal.

Pelakon genit berusia 26 tahun itu kini sedang berpantang di kediaman ibu bapanya di Kuala Lumpur.

Untuk makluman anda, Liyana dan suami, Mohd Fathuddin mendirikan rumah tangga pada 2 Februari tahun lalu di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Tahniah diucapkan buat Liyana dan suami!

liyana1-300x202

 

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.