SMS ‘Aku Nak Mati’ Jadi Kenyataan

MIRI: Seorang lelaki tidak menyangka mesej terakhir berbunyi ‘aku nak mati’ yang dihantar seorang sepupu kepadanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) , Selasa lalu rupa-rupanya menjadi kenyataan apabila sepupunya itu ditemui mati dalam kead­aan tergantung di sebuah rumah di Pujut Adong, di sini petang semalam.

Fullscreen-capture-1252013-123549-PMMenurut Galvin Ibau, 30, selepas menerima SMS itu dia tidak mengendahkannya kerana menganggap sepupu­nya itu yang dikenali sebagai Edwind Langat Ngau, 31, berasal dari Long Bemang, Baram hanya bergurau.

“Saya langsung tidak men­yangka apa yang dicakapkan dalam mesej itu dia maksud­kan memandangkan semasa kali terakhir saya berjumpa dia pada malam Ahad lalu, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan atau menceritakan masalah diha­dapi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Galvin, mangsa turut membantu menghidan­gkan minuman kepada para tetamu yang hadir ke majlis perjumpaan yang diadakan di sebuah rumah saudara di kawasan berhampiran pada malam Ahad lalu.

Dalam pada itu, kematian Edwind yang dipercayai mem­bunuh diri dengan menggan­tung diri menggunakan wayar elektrik yang diikat pada alang rumah hanya disedari sekitar jam 3 petang semalam oleh nenek saudaranya, Irene Ping, 50, yang datang ke rumah tersebut untuk mengambil ikan sungai yang dibawa dari Long Panai, Baram.

Menurut Irene, rumah itu kepunyaan ibu saudara mangsa dan mangsa diminta menjaga rumah serta ayam peliharaan ibu saudaranya sementara dia pulang ke kam­pung untuk menangkap ikan memandangkan sekarang musim banyak ikan sungai.

Sebelum pulang ke kam­pung, ibu saudara mangsa ada menghubungi suami Irene meminta mereka datang ke rumahnya pada Jumaat un­tuk mengambil ikan sungai yang dibawa suaminya dari kampung, namun disebab­kan kesibukan mereka tidak berkesempatan pergi ke ru­mah tersebut.

“Pada Isnin lalu, kami cuba menghubungi telefonnya be­berapa kali untuk memberi­tahu Edwind yang kami akan datang untuk mengambil ikan namun tidak berjawab. Just­eru kami terus datang ke sini dan mendapati pintu berkunci dari luar,” katanya.

Menurut beliau, setelah berjaya masuk ke dalam ru­mah dengan memecah pintu depan, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dalam keadaan tergantung di ruang tamu tingkat atas ru­mah setingkat yang diperbuat daripada kayu itu.

“Meskipun pintu berkunci dari luar, kami tetap merasakan ada orang dalam rumah itu memandangkan keadaan kipas, lampu dan televisyen masih dihidupkan. Justeru anak perempuan saya cuba mencari penghuni rumah dan menemui mangsa dalam keadaan tergan­tung di tingkat atas.

“Anak saya terus memberi­tahu ayahnya tentang keadaan mangsa dan selepas itu, suami saya menghubungi sanak sau­dara lain dan seterusnya pihak polis untuk memaklumkan kejadian itu,” jelasnya dalam nada sedih sambil menyi­fatkan mangsa seorang yang baik dan masih bujang.

Berikutan itu, sepasukan polis telah bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan tentang insiden tersebut.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.