Slimo : Iphone Anda Dicas Tanpa Wayar

slimo-3Seperti yang anda ketahui, trend mengecas telefon pintar tanpa wayar sudah menjadi semakin popular kerana ia mudah, tidak memerlukan kabel yang panjang dan sedikit sebanyak dapat menjimatkan masa anda.

Terdapat telefon pintar yang mempunyai ciri untuk mengecas tanpa wayar seperti Samsung Galaxy S3, Google Nexus 5, Nokia Lumia 920 dan peranti-peranti keluaran terbaru.

Malangnya kebanyakan telefon pintar yang ada sekarang tidak mempunyai ciri tersebut tetapi dengan menyambungkan Slimo kepadanya, telefon pintar anda dapat dicas tanpa menggunakan wayar.

slimo-lightning-wireless-charging-patch-for-iphone-ipad-ipad-mini-ipod-touch-2Ianya direka dengan rekaan yang sangat nipis dan ringan. Anda hanya perlu menyambungkannya ke lightning port di Iphone anda dan seterusnya meletakkannya di atas pengecas.

Buat masa ini ianya hanya menyokong Iphone dan masih menunggu lebih banyak dana untuk menyokong port USB.

Anda boleh mendapatkannya dengan harga £48 (RM261+ termasuk penghantaran ke Malaysia) di laman Kickstarter.

Sumber: Kickstarter

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.