Skuad Bola Sepak Wanita Ke Separuh Akhir

YANGON – Skuad bola sepak wanita negara menamatkan kemarau 18 tahun untuk mara ke peringkat separuh akhir acara bola sepak pada temasya Sukan SEA ke-27, Myanmar.

Skuad-Bola-SepakPasukan negara akan menentang juara bertahan Vietnam, esok, selepas menduduki tangga kedua kumpulan B di belakang Thailand.

Skuad bimbingan jurulatih Jacob Joseph layak selepas Pasukan Thailand membelasah Laos 0-5 semalam dalam aksi terakhir kumpulan.

Malaysia menamatkan saingan aksi kumpulan dengan satu kemenangan menentang Laos 3-1 dan tewas kepada Thailand 1-6 untuk muncul naib juara kumpulan.

“Sasaran kami ke separuh akhir tercapai, tinggal satu langkah lagi untuk ke final, walaupun tidak dilabel pasukan pilihan, saya mahu pasukan bermain habis-habisan menentang Vietnam,” katanya kepada Bernama.

Jacob mempunyai tugas berat apabila pasukannya berdepan masalah kecederaan pemain utama termasuk ketua pasukan Angela Kais dan penjaga gol Asma Junaidi.

“Saya mempunyai pilihan yang terhad untuk memilih kesebelasan utama menentang Vietnam nanti. Tetapi pemain yang ada perlu bermain lebih seratus peratus untuk menentang Vietnam,” katanya.

Dalam satu lagi pertemuan separuh akhir Thailand akan menentang tuan rumah, Myanmar di Stadium Mandalar Thiri, Mandalay.

Pencapaian terbaik skuad bola sepak wanita kebangsaan ialah pada Sukan SEA 1995 di Thailand menerusi pungutan pingat perak selepas kalah 0-1 kepada pasukan tuan rumah dalam aksi final. – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.