Siti Nordiana Terkilan Tiada Masa Untuk Anak

1-Sibuk-Kerja-Siti-Nordiana-Terkilan-Tiada-Masa-Untuk-Anak

Berikutan jadual kerjayanya yang terlalu padat, Siti Nordiana menjelaskan bahawa dia merasa terkilan kerana tidak dapat meluangkan masa bersama dengan anak yang tercinta. Namun Siti Nordiana yang lebih mesra dengan panggilan Nana tahu mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

“Alhamdulillah drama bersiri Dia Semanis Honey lakonan bersama Alif Satar mendapat sambutan memberangsangkan sekali gus membuatkan tawaran lain melimpah datang. Namun saya kasihan melihat Rayyan kerana masa bersamanya semakin terhad”

“Kadang kala dia sudah tidur menunggu saya pulang dari penggambaran. Selain itu, saya juga perlu memberikan tumpuan kepada bidang nyanyian. Jadual kerja padat adalah rezeki tetapi saya harus menyeimbangkan masa demi anak tercinta”

“Oleh itu, saya memilih watak bagi memastikan kebajikan Rayyan tidak terabai. Lagipun, anak lelaki saya sedang meningkat dewasa dan memerlukan perhatian,” akuinya kepada BH Online.

Semoga Nana dapat mengharungi dugaan bergelar ibu tunggal malah sebelum ini penyanyi dan pelakon ini juga pernah menyatakan bahawa dia teringin untuk mempunyai teman bergelar suami

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.