Siti Elizad Dinobat Juara Gempak Star Musim Pertama

11-Siti-Elizad-Dinobat-Juara-Gempak-Star

Tahniah kepada pelakon Siti Elizad kerana telah dinobat sebagai juara program Gempak Superstar musim pertama yang berlangsung di Pinewood Studio, Johor Baru sekaligus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000, beserta trofi sumbangan Astro.

Tempat kedua dimenangi oleh pelakon, Sherry Ibrahim dengan menyampaikan lagu berjudul Janji Manismu dan Tak Ada Logika sekali gus membawa pulang wang tunai RM25,000 dan sebuah trofi. Sherry turut menerima Anugerah Terlajak Gempak Superstar.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Arja Lee dengan membawa pulang wang tunai RM15,000 dan trofi. Sementara itu, pelakon Soffi Jikan dan Nazim Othman menduduki tempat keempat dan kelima dan masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Malam final tersebut turut menerima persembahan daripada Amy Search, Projector Band dan Azlan & The Typewriter. Kami kongsikan beberapa gambar sepanjang acara berlangsung.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.