Siapa naib ketua Pemuda Umno Pusat ditentu Rabu

KUALA LUMPUR – Jawapan berhubung siapa naib ketua Pergerakan Pemuda Umno pusat akan ditentukan Rabu ini apabila sayap parti itu mengadakan pemilihan semula di tiga bahagian.
image (8)
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata, pemilihan semula secara serentak itu melibatkan bahagian Sabak Bernam, Bachok dan Gelang Patah.

Katanya, keputusan itu dibuat jawatankuasa berkenaan dengan persetujuan dua calon bagi jawatan berkenaan iaitu Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun, yang terikat dengan keputusan undi seri 73-73 dalam pemilihan jawatan itu Sabtu lepas.

“Dalam perjumpaan (dengan kedua-dua calon), ada tiga bahagian (undian) yang dipertikai kedua-dua pihak, tetapi kesemua telah bersetuju supaya diadakan pengundian semula di tiga bahagian itu untuk menentukan kemenangan,” kata Tajol Rosli dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, perwakilan di ketiga-tiga bahagian itu akan mengundi semula bagi keempat-empat calon naib ketua Pemuda iaitu Jamawi, Khairul Azwan, Lokman Noor Adam dan Mohamad Iruan Zulkefli. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.