Shukri Yahaya Cemas Bayi Dalam Kandungan Tak Gerak

4-Shukri-Yahaya-Cemas-Bayi-Dalam-Kandungan-Tak-Gerak

Suami mana tidak cemas bila bayi dalam kandungan isteri yang biasanya lincah bergerak tiba-tiba tidak bergerak. Mengalami perkara tersebut, pelakon Shukri Yahaya menyarankan agar isterinya, Tya Adnan menjalankan ibadah puasa mengikut kemampuan.

“Kebiasaanya dia dapat merasakan bayi dalam perut aktif bergerak, jadi pada puasa ketiga lalu dia beritahu saya bayi tersebut tidak bergerak. Saya cemas dan menyuruh dia minum air, selepas itu barulah dia rasa semula bayi tersebut bergerak”

“Nasib baik saya berada dengannya ketika itu dan terus membawanya ke hospital untuk buat pemeriksaan,” jelasnya kepada mStar Online. Selain itu, kini dia juga sibuk membuat persiapan dan mencari barang keperluan bayi.

Sementara itu, bagi memberi sepenuh perhatian dan juga anaknya yang bakal dilahirkan, pelakon ini juga tidak mengambil sebarang tawaran berlakon sepanjang Ramadan. Bertuah bukan dapat suami penyayang macam Shukri Yahaya?

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.