Shila Amzah cuba pujuk ibu Johan Asari

Pengakuan cinta antara Johan Asari dengan Lana Nodin secara tidak langsung mengheret nama penyanyi mencipta nama di Shanghai, Shila Amzah yang sebelum ini dikatakan gadis paling rapat dengan Johan.

sazhpujukibjhnBiarpun bintang filem Paku itu menganggap kasihnya terhadap Shila hanya sebagai adik, peminat yang mengikuti perkembangan mereka terkejut kerana menyangka hubungan itu lebih daripada teman rapat.

Ketika banyak pihak terutama peminat melayangkan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagiaan Johan dan Lana di Instagram dan Twitter milik Lana, peminat yang suka melihat Shila dan Johan berkasih pula memberi reaksi berbeza.

Rata-rata, peminat cenderung meminta Shila bersabar menempuh dugaan, selain berdoa dia dipertemukan jodoh dengan lelaki yang lebih baik.

Bagai sudah dijangka, Shila dilihat menjadikan laman sosial sebagai medan meluahkan emosi. Sejak 21 November lalu, Shila memuatkan status bernada kesal dan peringatan buat semua. Ini menyebabkan ramai tertanya-tanya sama ada pendedahan Johan semalam ada kaitan dengan luahan terbukanya itu.

Dunia ni memang tipu daya. Tapi lebih best (bagus) kalau tiada yang menipu… Penipu itu nature (sifat semula jadi) mereka. Jangan tertipu pada luaran. #notabuatdiri:) itu antara luahannya yang sudah pun kembali ke Shanghai, China

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.