Shila Amzah Berjaya Rangkul Tempat Ketiga

Screen-Shot-2014-03-04-at-9.48.06-PM-630x346-565x310TAHNIAH kami ucapkan kepada penyanyi Shila Amzah yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan akhir ‘I Am A Singer ‘, malam tadi.

Pertandingan yang berlangsung di Changsha, China dan disiarkan secara langsung di HunanTV Channel itu turut menyaksikan penyanyi dari negara itu, Han Lei merangkul trofi kejuaraan.

Tempat kedua pula disandang oleh penyanyi Hong Kong, G.E.M.

Dalam pertandingan itu, Shila berduet dengan penyanyi China, Huang Qishan menerusi lagu ‘When You Believe’ pada pusingan pertama sebelum beraksi solo pada pusingan kedua dengan lagu ‘Mama’ yang dipopularkan oleh Eco-M.

Empat lagi peserta lain ialah rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).

Pastinya kemenangan ini melakar satu lagi kejayaan manis buat Shila dalam usahanya melebarkan sayapnya menembusi industri hiburan di negara itu.

Tahniah sekali lagi Shila!

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.