Shahidan perjelas isu bil elektrik kediaman PM

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini memberi penjelasan berhubung isu bil elektrik kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana.

Datuk Seri Shahidan Kassim

Datuk Seri Shahidan Kassim

Shahidan menjelaskan bahawa bil yang tinggi disebabkan ia termasuk penggunaan dewan seminar, bilik mesyuarat dan kuarters kakitangan dan ia bukan hanya digunakan oleh Perdana Menteri dan isteri.

Beliau berkata, demikian dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini bagi menjelaskan apa yang dipertikaikan Dr Ong Kian Ming (DAP-Serdang).

“Sebagai anggota Parlimen dia (Ong) harus tahu bezakan antara kompleks dan rumah…jika seluruh kompleks itu hanya digunakan oleh Perdana Menteri dan isterinya, bil elektrik akan sama seperti mana-mana rumah yang didiami dua orang,” kata Shahidan.  – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.