Seniman Mustapha Maarof meninggal dunia

mustapha maarof

Kuala Lumpur: Selepas dua minggu bertarung melawan penyakit paru-paru, seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof, 79, akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini, 8.38 pagi tadi.

Mustapha atau nama sebenarnya, Mustapha Azhari Maarof menerima rawatan terakhir di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas dipindahkan dari Institut Perubatan Respiratori Jalan Pahang.

Perkara ini disahkan rakan beliau, Datuk Yusof Haslam.

Jenazah akan disempurnakan di hospital dan disembahyangkan di Masjid Amru Ibni Al-As Bandar Baru Sentul sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas Zuhur.

Ketika hayatnya, beliau yang memulakan karier lakonan pada era 1950-an dikenali dengan filem seperti Hang Tuah, Bawang Putih Bawang Merah, Seri Mersing, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Matinya Seorang Patriot dan 1957: Hati Malaya.

Beliau juga pernah berkahwin dengan Seniwati Suraya Haron dan Roseyatimah.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.