Semua anak kapal HMAS Success terlibat cari objek

image (16)KUALA LUMPUR – Semua anak kapal HMAS Success ditugaskan mencari objek yang dikesan pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di Lautan Hindi dalam operasi mencari pesawat Malaysian Airlines MH370 yang hilang.

“Semua anak kapal HMAS Success kini terlibat dalam mencari objek untuk mengesan MH370,” kata Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam mesej terbarunya melalui Twitter.

Awal hari ini, AMSA berkata sebuah pesawat P3 Orion RAAF mengesan dua objek di Lautan Hindi Selatan, kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth,
Australia dalam mencari pesawat yang hilang itu.

Katanya anak kapal P3 Orion melaporkan mereka ternampak dua objek — yang pertama berbentuk bulat berwarna kelabu atau hijau, manakala yang kedua
berbentuk empat segi bujur berwarna oren — pada kira-kira pukul 2.45 petang waktu Siang Australia Timur (AEDT).

AMSA berkata dua objek itu bukan objek yang dikesan pesawat Ilyushin IL-76 China awal hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatan beliau dari Australia Tony Abbott
untuk memaklumkan tentang objek yang dikesan itu dan memberitahu beliau bahawa objek berkenaan akan dipungut beberapa jam kemudian.

Penerbangan MH370, yang dalam perjalanan ke Beijing, China hilang daripada pengesanan radar pada kira-kira pukul 1.30 pagi 8 Mac ketika berada di ruang
udara antara Malaysia dan Vietnam, 49 minit setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.

Pesawat Boeing 777-200ER itu membawa 239 penumpang dan anak kapal. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.