Semakan Senarai Hitam PTPTN Imigresen

ptptnMungkin ada yang pernah mendengar akan kes individu di senarai hitam (blacklist) dari dibolehkan untuk keluar negara atas alasan tidak membayar pinjaman PTPTN dengan baik. Adakah info tersebut benar? YA BENAR. Sebenarnya kalau dikirakan peratusan yang culas atau tidak membayar pinjaman PTPTN dengan berkala sangatlah ramai. Tetapi yang dikenakan tindakan senarai hitam ptptn dan tidak dibenarkan untuk perjalanan keluar negeri adalah individu atau peminjam yang boleh dikategorikan sebagai tegar atau tidak membayar langsung.

Tahukah anda, pada yang culas membayar pinjaman ptptn yang “tegar”, selalunya mereka ini akan dikenakan tindakkan “blacklist” atau di senaraihitamkan. Jadi apa masalah yang timbul jika nama disenaraihitamkan. Salah satu masalah yang timbul adalah anda tidak dibenarkan untuk keluar negara oleh pihak Imigresen. Apa kaitan pihak Imigresen dengan ptptn. Perlu diketahui pihak imigresen dengan pihak ptptn telah menjalin kerjasama untuk menyekat individu iaitu para peminjam ptptn yang mempunyai rekod tidak bersih didalam membayar ptptn dari dibolehkan untuk keluar negara.

Semak Senarai Hitam PTPTN Imigresen Blacklist

Semakan Senarai Hitam PTPTN

Secara jujurnya saya bersetuju dengan kaedah ini. Mungkin anda ada pandangan tersendiri. Para peminjam ptptn dan kemudian ingin keluar negara selalunya secara kasarnya kita akan berfikir individu ini mempunyai wang. Kalau tidak mempunyai wang, masakan boleh keluar negara di dalam pelbagai alasan. Lagi tidak munasabah kalau keluar negara untuk berjalan jalan tetapi culas dan gagal di dalam membayar pinjaman ptptn. Maka individu ini memang patut dikenakan sekatan. Jadi apa penyelesaiannya?

Semakan Senarai Hitam PTPTN Imigresen

Tidak kira samada anda ingin keluar negara ataupun tidak, tidak salah sekiranya anda check dan membuat Semakan Senarai Hitam PTPTN ini. Digalakkan kepada individu yang memang selalu bayar lambat dan kadang kadang tidak bayar untuk membuat semakan. Kepada yang berkenaan, adalah lebih baik buat Semakan Peminjam Yang Disenarai Hitam sekarang dibawah ini.

>>>> Sila Klik Disini Untuk Membuat Semakan Peminjam Yang Disenarai Hitam – PTPTN <<<<

Senang sahaja untuk membuat Semakan Senarai Hitam PTPTN ini. Tekan link di atas yang telah saya berikan. Kemudian masukkan No Kad Pengenalan anda . Kemudian tekan “semak” untuk membuat semakkan. Kalau keputusan “result” mengatakan “tiada halangan” maka anda bersih dan tidak disenarai hitam dan begitulah sebaliknya. Mudah bukan.

Adakah peminjam PTPTN perlu membayar semua atau setakat jumlah hutang dari tempoh masa untuk mencabut balik dari di senarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia? Mengikut yang saya faham, anda hanya perlu membayar pembayaran yang tertunggak sahaja sebelum nama yang di senarai hitam di tarik balik. Namun begitu anda boleh membuat surat atau menelefon pihak Imigresen untuk bantuan budi bicara mereka dengan memberikan alasan yang boleh diterima.

Saya sudah membuat semakkan dan alhamdulillah nama tidak disenaraihitamkan oleh ptptn mahupun pihak imigresen. Kalau hendak keluar negara insyaallah lepas, hehehe. Ada tidak kawan kawan yang tidak lepas. Kepada yang faham diri sendiri bayar tidak ikut jadual ada baiknya membuat semakan segera. Anda sudah buat Semakan Senarai Hitam PTPTN Imigresen?

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.