Selepas Malaysia Airlines, TV3 Pula Dikritik Chef Wan

SELEPAS menu Nasi Lemak yang disediakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS), kini rancangan memasak terbitan stesen televisyen TV3, Dapur Panas pula jadi mangsa kritikan pedas Chef terkenal Chef Wan.

Recently-Updated61-565x414pedas mengkritik program itu dilakukan di laman Instagramnya chefwan58.

Menurut Chef Wan, ketika menonton program berkenaan beliau bersam bekas isterinya dan anak mereka sedang mengemas rumah.

Turut menonton rancangan itu ialah pembantu rumah dan pemandu peribadinya.

“Hari ini ketika sedang mengemas rumah, saya, bekas isteri, anak, pembantu rumah dan pemandu peribadi saya menonton sebuah program memasak, bukan sahaja ia satu program yang membosankan tetapi apabila dapur diletakkan di hadapan sebuah pelamin, ia kelihatan begitu teruk.

“Bilalah stesen televisyen kita akan berubah sikap untuk menerbitkan program memasak yang berkualiti, bersepah-sepah contoh terutama di stesen kabel televisyen antarabangsa yang boleh diambil contoh dan belajar,” katanya.

Menurut Chef Wan, selepas bergeral selebiri Chef selama 26 tahun, beliau masih melihat kualiti yang sama dalam program memasak terbitan tempatan tanpa sebarang pembaharuan.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan kemunculan chef selebriti baru di dalam televisyen tanpa mengira latar belakang ilmu memasak tetapi boleh tampil asalkan memiliki wajah yang kacak.

“Hari ini, sesiapa sahaja boleh jadi celebriti chef, jika kita tengok kan CV (biodata) mereka pengalaman kurang, asalkan ada rupa boleh terus jadi chef selebriti.

“Dulu-dulu, kita nak belajar memasak dari orang yang tinggi pengalamannya serta jauh perjalanannya macam orang tua kata, dah banyak makan garam.

“Tapi sekarang, yang setahun jagung baru belajar memasak sedikit dah mula nak mengajar orang lain, bagaimana ini boleh berlaku? Bukankah dunia memasak ini harus dipelajari melalui kepakaran ketika bekerja?

“Yang menjuarai Masterchef baru setahun jagung pun dah boleh terbitkan buku memasak sendiri pada hal pengalaman dalam dunia kulinari mereka sangatlah kurang,” kata Chef Wan.

Berikut ialah kritikan penuh dari Chef Wan :-

Jarang not even once a year i make an effort to watch our local cooking show as i have very little time to do so.

Today while Spring Cleaning my X wife home with my son,my maid and my driver i happened to see this show. Not only i find the show terribly boring but the Kitchen set that was stage infront of a pelamin to be so hideous!

Bila lah TV station kita ni akan berubah sikap mereka to produced a Cook TV Cook show with a better production Co that understand What TV Cookshow is all about? Bersepah contoh2 la, di TV cable antarabangsa yang lain today yang boleh kita belajar dan ambil contohnya.

After 26 years being a TV chef u still see the same shit over and over again.

Bila agaknya kita ni boleh maju ke hadapan sikit and buat sesatu yg baik? We dont seem to progress at all and the Quality is also poor.

Hari ini any Tom, Dick and Harry boleh jadi Celebrity Chef.Jika kita tengok kan CV mereka pengalaman dah la kurang, asal kan ada ” Rupa” boleh host terus jadi Celebrity Chef.

Dulu2 kita nak belajar memasak dari orang yg tinggi pengalamannya serta jauh perjalanannya mcm orang tua kata la, dah banyak makan garam.

Tapi these days yang setahun jagung baru belajar memasak sedikit dah mula nak mengajar orang lain. How is these possible? Bukan ke dunia memasak ini has to do with skill labour? Yang Menang Master Chef baru setahun jagung pun dah keluar buku masak sendiri pada hal pengalaman didalam dunia culinary mereka sangat lah kurang.

But what to do semua ini ada lah kesilapan TV station itu sendiri yg keluar kan TV Chef hari ini asal kan dapat la tampa memikir kan the Quality and skill of that host itself.” – Mynewshub

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.