Selena Gomez bukan artis murahan

Selena Marie Gomez atau lebih popular Selena Gomez bukan nama asing dalam industri hiburan antarabangsa.

Walaupun namanya sering dipalit kontroversi melibatkan kehidupan peribadi dan kisah cinta, namun bintang remaja berusia 21 tahun ini masih berjaya mengekalkan popularitinya.

Selena Gomez

Selena Gomez

Meskipun penglibatan dalam bidang lakonan bermula sejak usia 10 tahun, nama Gomez mendapat perhatian hanya setelah menjayakan siri Disney, Wizards of Waverly Place pada 2007. Pun begitu, dia dilihat lebih sinonim dalam bidang nyanyian setelah melancarkan album pertamanya pada 2009 berjudul, Kiss & Tell.

Sehingga kini, pelantun Love You Like A Song, ini memiliki lebih lima album termasuk Round & Round, Naturally, A Year Without Rain, Star Dance, When The Sun Goes Down.

Walaupun namanya turut tersenarai sebagai penyanyi popular dan memiliki kelompok peminat yang ramai, Gomez berprinsip kental iaitu enggan dilabel sebagai artis seksi.

Menurutnya, biarpun pernah dikritik peminat kerana kurang seksi, namun dia tetap dengan pendiriannya itu.

“Saya tidak perlu buat sesuatu perkara agar disukai orang. Walaupun saya tidak seksi seperti selebriti lain, namun saya masih ada kelompok peminat tersendiri.

“Saya tidak mahu dilabel ‘jual badan’ semata-mata, tanpa memberikan persembahan yang terbaik untuk peminat.

“Lagipun, peminat saya juga terdiri dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Jadi, imej seksi amat tidak sesuai untuk saya,” kata bekas kekasih penyanyi, Justin Bieber ini.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.