Selebriti tanding PRU13, apa kata rakan artis?

PILIHAN Raya Umum Ke-13 (PRU13) menyaksikan banyak perubahan landskap dalam industri politik negara.

Zed Zaidi

Zed Zaidi

Ada antara ahli politik dalam sesebuah parti sanggup bertanding calon Bebas kerana sudah mempunyai hala tuju tersendiri.

Tidak ketinggalan tiga selebriti Malaysia iaitu Hermon Tino yang bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Tanjung Karang, Dayangku Intan (PKR – Parlimen Penggerang) dan Aishah (Pas – Jempol, Negeri Sembilan).

Bagaimanapun, dalam keberanian tiga selebriti yang lebih dikenali dalam bidang seni suara ini bergerak ke hadapan, ada juga segelintir pihak mempertikaikan kemampuan dan kredibiliti mereka.

Justeru, Zass mendapat beberapa selebriti yang sudi berkongsi pandangan berhubung calon artis bertanding untuk PRU13 buat kali pertama ini.

“Bagi saya, tidak salah kita sebagai rakyat Malaysia memberi peluang kepada mereka untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Ini kerana kita dalam sebuah negara demokrasi di mana rakyat berhak memilih seseorang pemimpin. Tidak salah jika kita beri peluang kepada mereka untuk bertanding, kita sebagai rakyat juga jangan mudah menghukum mereka sebelum diberi peluang. Selebriti yang dilantik bukan kerana populariti sebaliknya lebihkan pada kredibiliti untuk terus membantu rakyat.” – Ahmad Idham

“Artis bertanding merupakan perkembangan sihat, seperti kita tahu di negara luar ada segelintir artis menjadi pemimpin, bagus cara tersebut diamalkan di negara ini dan ia juga dapat mengangkat nama artis tersebut untuk menjadi pemimpin,  Saya rasa ia tidak mendatangkan ke burukkan. Malah ia adalah perkara yang patut diketengahkan. Cuma perbezaan yang berlaku adalah ideologi politik masing-masing.” – Jamal Abdillah

“Rakyat diberikan hak untuk memilih pemimpin, ianya tidak mendatangkan masalah kepada kita. Cara ini juga tidak akan memberi apa-apa kesan negatif dalam industri seni sendiri. Saya jika diberi peluang untuk bertanding, saya akan menolak dengan cara baik, ini kerana saya kurang berminat dalam dunia politik sebaliknya saya lebih suka pada misi kemanusiaan.” – Afdlin Shauki

“Bukan mudah untuk menjadi pemimpin, kita perlu memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang politik. Lupakan hasrat untuk terlibat dalam bidang politik jika kurang pengetahuan mengenai politik. Keadaan politik kini sungguh kritikal. Jika pun ada individu yang mampu menjadi pemimpin kerana cetusan daripada bawah, ertinya individu itu mampu untuk mengatasi segala masalah. Mereka juga perlu berfikir apa yang dilakukan bukan disebabkan faktor peribadi sebaliknya untuk rakyat.” – Raja Azura

“Memilih artis untuk bertanding perkara yang perlu di sambut baik, kerana dengan cara ini masyarakat dapat memandang artis juga bakat untuk menjadi pemimpin, jika sebelum ini kita pernah mendengar guru turut bertanding dalam pilihan raya, kini selebriti juga mampu melakukan sedemikian kerana mereka juga diberikan kepercayaan oleh rakyat. Apa yang boleh saya katakan untuk bertanding dan menjadi pemimpin perlu memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Kalau ingin jadikan pilihan raya ini tempat untuk kepentingan peribadi baik lupakan sahaja.” – Zed Zaidi

“Terserah pada individu itu sendiri untuk bertanding dan rakyat juga berhak memilih pemimpin untuk bertanding, mungkin ianya agak sukar namun apa yang boleh dilakukan kerana kita di buah negara demokrasi. Masing-masing diberikan hak untuk bertanding. Calon yang dipilih perlulah berfikiran matang dan berpengetahuan tinggi soal rakyat dan juga negara.” – Datuk Yusof Haslam

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.