Selangor negeri PR, bukan parti

SHAH ALAM – Selangor perlu membuat sebarang keputusan termasuk pemilihan calon menteri besar sebagai sebuah negeri di bawah PR, bukannya keputusan parti PKR, DAP atau Pas secara berasingan.

Maszlee Malek

Maszlee Malek

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan penganalisis politik, Dr Maszlee Malek berkata, beliau melihat PR mempunyai mekanisme untuk membuat keputusan dalam usaha mencapai keputusan bersama.

Menurutnya, selepas keputusan dibuat sama ada menteri besar daripada PKR atau Pas, semua pihak perlu reda dengan keputusan tersebut.

“Dalam isu ini, Selangor bukan milik PKR, milik Pas atau milik DAP semata-mata tetapi ia ditadbir bersama oleh PR.

“Apa pun keputusan yang dibuat di peringkat PR, saya rasa setiap komponen sama ada PKR, DAP ataupun Pas kena terima semua itu sebagai semangat satu pasukan,” katanya.

Mazli berkata, kontroversi pemilihan tersebut hanya perkara biasa yang pasti akan dapat diselesaikan memandangkan Selangor adalah negeri yang sentiasa menjadi tumpuan umum.

“Ada negeri lain pun belum selesai, saya rasa Selangor esok lusa angkat sumpah. Itu perkara biasa dalam sebuah persepakatan sama ada setuju atau tidak.  Cuma sejauh mana media mengambil isu tersebut,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, selepas selesai isu pelantikan Menteri Besar Selangor, akan timbul lagi isu lain membabitkan negeri Selangor.

“Terengganu pun ada masalah tetapi media tidak perbesarkan isu, berbanding Selangor yang jadi tumpuan, apa sahaja yang berlaku akan dapat liputan. Isu kecil akan jadi besar.

“Lepas selesai isu menteri besar, isu lain selepas ini pula akan jadi tumpuan,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.