Sedia jadi khadam, bukan PM

SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu menyatakan sama ada beliau bersedia menjadi perdana menteri seperti yang dikehendaki oleh sebahagian penyokongnya.

Hadi Awang menyampaikan hujah pada program Bicara Minda dan Sesi Berdialog

Hadi Awang menyampaikan hujah pada program Bicara Minda dan Sesi Berdialog

Katanya, beliau menyerahkan kuasa memilih kepada Yang di-Pertuan Agong dan rakyat untuk menentukannya.

Menurutnya, di Malaysia pilihan raya berbeza berbanding negara seperti Amerika Syarikat yang mempunyai pilihan raya khusus untuk calon presiden.

“Saya tidak boleh kata sedia. Kita ada adab. Tidak boleh melangkaui Yang di-Pertuan Agong. Rakyat pun kita kena dengar juga.

“Apa yang penting adalah kemenangan calon-calon yang bertanding nanti. Saya sedia jadi khadam rakyat,” katanya.

Katanya, apa yang paling penting adalah jawatan perdana menteri itu nanti disandang oleh orang Islam.

“Pemimpin itu nanti haruslah daripada kalangan mereka yang diterima bukan sahaja Islam malah bukan Islam juga, serta tidak bermasalah dengan raja, pegawai kerajaan, lain-lain,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.