Sebat 20 Kali Selepas Tuduh Isteri Bukan Dara

ARAB SAUDI – Seorang suami dihukum 20 sebatan selepas menuduh isterinya bukan lagi dara ketika mereka berkahwin, di hadapan bapa mertua dan jiran tetangga.

gambar-fail-565x502Tuduhan lelaki dari Yaman itu menyebabkan si isteri menjadi malu.

Dia menuduh isterinya telah berkahwin dan bercerai sebelum mengahwininya.

Kesal dengan keadaan itu, wanita tersebut telah membawa kes berkenaan ke mahkamah dalam usaha mengembalikan semula maruah dan kehormatannya, lapor portal Al-Sharq.

Susulan itu, hakim di Mekah mengarahkan lelaki berkenaan disebat di khalayak ramai selepas dia gagal membuktikan perkara tersebut.

Hukuman sebat di khalayak ramai bukan perkara baru malah awal bulan ini, seorang aktivis politik telah dihukum sebat sebanyak 300 kali di tempat awam dan penjara empat tahun selepas didapati bersalah menentang kerajaan.

Blogger terbabit, Raif Badawi juga bakal berdepan hukuman mati selepas mengaku murtad.

Raif didapati bersalah pada bulan Julai lalu selepas menghina Islam melalui laman web dan komen-komen yang dibuat melalui televisyen.

Selain menerima 600 sebatan, dia juga telah dihukum penjara tujuh tahun.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.