Schumacher Mungkin Koma Seumur Hidup

Harapan untuk melihat lagenda Formula One (F1) Michael Schumacher kembali sedar daripada keadaan koma mungkin tipis kerana beliau dilaporkan menghidap sindrom Apalik.

schumi8Menurut laporan Mirror, jikalau Schumacher berjaya sedar daripada keadaan koma, pemandu berusia 44 tahun itu mungkin masih tidak dapat bercakap, bergerak atau makan sendiri.

Walaupun berdepan dengan kemungkinan tersebut, isteri dan keluarga terdekat Schumacher masih mengharapkan beliau sembuh seperti sedia kala dan menyifatkan Schumacher sebagai seorang pejuang dalam hidupnya.

Schumacher yang pernah memandu jentera pasukan Ferrari dan Mercedes dalam kejuaraan F1 berada dalam keadaan koma selepas kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis, Disember lalu.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.