Saya tak tahu itu Karpal

image (2)IPOH – “Saya tak tahu itu Karpal,” demikian reaksi pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45.

Menurutnya, sebaik perlanggaran berlaku, dia segera meninjau keadaan MPV berkenaan dan mendapati ada mangsa yang cedera.

Katanya, terdapat beberapa kenderaan berhenti di laluan itu dan memaklumkan mangsa yang terlibat merupakan bekas pemimpin tertinggi DAP.

“Waktu itu baru saya tahu itu Karpal, ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sedar, sebahagian mukanya ada kesan darah,” katanya.

Dalam kejadian itu, Karpal, 74, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor bersama pembantu peribadinya, Micheal Cornelius, 39, maut.

Turut berada dalam MPV berkenaan, anak Karpal, Ramkarpal Singh, 38, namun tidak cedera, pemandu MPV, C Selvam juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang lagi penumpang yang juga pembantu rumah warga Indonesia parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Difahamkan, semua ahli keluarga Karpal, termasuk isteri beliau sudah berada di hospital.

Insiden kira-kira jam 1 pagi itu berlaku, apabila MPV jenis Toyota Alphard membawa Karpal hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan 5 tan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan.

Karpal dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes perbicaraan mahkamah, pagi ini.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.