Saya janji jaga dia

Sapiah (duduk, kiri) bersama cucu dan anak angkatnya, Jamariah (kanan) ketika ditemui di rumahnya di Kuala Nerus.

Sapiah (duduk, kiri) bersama cucu dan anak angkatnya, Jamariah (kanan) ketika ditemui di rumahnya di Kuala Nerus.

KUALA TERENGGANU – “Wajah pertama yang saya lihat adalah dia dan saya bertekad untuk terus menjaganya sehingga akhir hayat, walaupun dia bukan ibu kandung saya,” kata Jamariah Ali, 63.

Jamariah yang merupakan ibu tunggal kepada 11 anak, bertekad untuk terus menjaga ibu angkatnya, Sapiah Mohamad, 90, yang kini uzur disebabkan faktor usia.

“Walaupun mengetahui dia (Sapiah) bukan ibu kandung saya, tapi saya berjanji untuk menjaganya kerana dialah orang yang bertanggungjawab membesarkan saya hingga hidup seperti sekarang.

“Yang saya tahu, hanya dialah satu-satunya ibu saya.

“Jasanya pada saya tidak terhingga, malah saya juga sentiasa mengingatkan anak serta cucu agar menjaga nenek dengan baik kerana saya juga ada kalanya tidak sihat,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pulau Redang, di sini.

Malah, Jamariah yang menetap di rumah pusaka bersama anak dan menantu turut mengakui tidak sukar untuk menjaga ibu angkatnya itu kerana dia seorang yang berdikari dan tidak menyusahkan orang lain.

“Alhamdulillah keadaan dirinya baik, kalau sakit sekali pun saya menghantarnya mendapatkan rawatan di klinik (Pulau Redang). Saya berharap supaya ibu sentiasa diberikan kesihatan yang baik,” kata nenek kepada 19 cucu berkenaan.

Keluarga Jamariah antara 10 keluarga terpilih bagi menerima kunjungan Adun Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman sempena Program Cakna Rakyat di pulau peranginan tersohor berkenaan.

Sementara itu, Sapiah yang masih mampu bertutur dengan baik mengakui begitu terharu dengan perhatian anak angkat yang tidak pernah sesekali mengabaikannya.

“Tok bukanlah kuat seperti usia muda, tapi  Alhamdulillah, setakat ini tok tidak menghidap penyakit kronik.

“Bagaimanapun tok tidak dapat duduk dan bekerja seperti mana usia muda dahulu,” katanya yang mengakui kurang deria pendengaran. – Sinar Harian

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.