“Saya Bukanlah Wanita High Maintenance”

IMG_2016-05-24-165612-700x418

Naib juara program realiti nyanyian, Gegar Vaganza, Farahdhiya akui statusnya yang kini masih solo membuatkan ramai pihak mendakwa beliau terlalu bersikap selektif dalam memilih pasangan hidup. Bukan itu sahaja, malah ramai juga lelaki dikatakan tidak berani mendekati wanita kelahiran Itali ini kerana beliau terlalu high maintenance

“Saya tak tahu kenapa ada yang pantas menganggap saya wanita jenis high maintenance. Golongan lelaki yang seusia saya pun mungkin jadi tak berani hendak mendekati kerana skeptikal. Sejujurnya saya tak faham kenapa ada yang mengadili saya sebegitu. Tak kenal maka tak cinta, jadi kenali saya dulu dan kemudian hakimilah”

“Cuma tuntutan kerja saya dalam dunia glamor yang memerlukan saya bergaya dan nampak cantik. Saya cintakan kehidupan biasa selain bidang seni. Bukan merungut cuma apabila berada dalam dunia glamor, saya perlu sentiasa nampak cantik,” katanya kepada Berita Harian Plusmengenai kehidupannya yang masih tidak berpunya.

Tambah penyanyi ini lagi, beliau sebenarnya merupakan seorang wanita biasa yang cukup ringkas. Malah selorohnya lagi, ketika dirumah beliau ibarat seperti seorang bibik yang selalu memasak dan pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan sama seperti wanita lain sehingga beliau pernah dipandang serong oleh orang di pasar itu.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.