Saya Baca Doa Ayat Al-Quran, Bukan Guna Bomoh! – Hafiz

hafiz3-565x376KUALA LUMPUR – Penyanyi Hafiz Suip terkejut dituduh menggunakan khidmat bomoh bertujuan untuk memenangi sesebuah acara atau menarik minat orang ramai.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, mengakui dia memang pernah mendengar tuduhan itu namun tidak diendahkannya kerana dia mengetahui amalan itu adalah syirik.

“Saya tidak akan melakukan perkara sebegitu (amalan ilmu hitam) kerana sudah pasti saya tahu ia adalah satu dosa besar.

“Tambahan pula saya mencari rezeki untuk keluarga, takkanlah saya nak buat perkara yang dilarang agama? Kejayaan saya selama ini kerana keberkatan doa ibu dan ayah saya selain kerja keras yang saya lakukan,” katanya.

Hafiz ditemui selepas persembahannya pada majlis minggu setiausaha A Golden Moment With Hafiz di Matrade Exhibition & Convention Centre, Jalan Duta, di sini pada Selasa.

Bagaimanapun tambah Hafiz, dia terpaksa akur sekiranya masih ada pihak yang beranggapan sedemikian kerana dia percaya tidak semua orang menyenangi kejayaan seseorang.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, dia sering mengamalkan beberapa doa yang terdapat dalam Al-Quran sebelum memulakan sesebuah persembahan pentas.

Dia sering berasa gemuruh sebelum memulakan persembahan dan bacaan doa tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah berkenaan.

“Kalau nak tahu, setiap kali ingin mengadakan persembahan, saya akan mengalami rasa gemuruh sehingga sakit perut jadinya.

“Alhamdulillah doa itu memberi saya sedikit kelegaan dan perasaan gemuruh akan berkurangan apabila naik ke pentas,” tuturnya.

Sementara itu, mengenai persembahan A Golden Moment With Hafiz, Hafiz telah berjaya menghiburkan seramai 400 orang tetamu dengan membawakan sebanyak empat buah lagu solo iaitu Awan Nano, All Of Me, Bahagiamu Deritaku dan dua lagu duet bersama penyanyi Adira iaitu Ombak Rindu serta Muara Hati.

Afdlin Shauki turut terlibat sebagai hos majlis berkenaan. – mStar Online

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.