Sathia pening kepala

KETANGKASAN dan kepantasan pemain import Kelantan, Dickson Nwakaeme nyata membuatkan jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan ‘sakit kepala’, lapor NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH.

Sathianathan mahu pergerakan Dickson (kanan) dirantai pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Kota Bharu, Jumaat ini.

Sathianathan mahu pergerakan Dickson (kanan) dirantai pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Kota Bharu, Jumaat ini.

Ini kerana dia perlu mencari ramuan terbaik untuk memastikan pergerakan pemain dari Nigeria itu dirantai sepenuhnya pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Jumaat ini.

Sehubungan itu katanya, dalam tempoh kurang seminggu ini beliau akan mencari strategi baru dan ramuan terbaik bagi mengatasi kekuatan Dickson yang dianggap pemain paling berbisa dalam skuad The Red Warriors (TRW).
“Dickson sangat kuat, kekuatannya sangat luar biasa kerana setiap ruang dia mampu mencelah. Disebabkan itu saya panggil dia pemain besi.

“Bukan setakat dia, malah Mohd Norfarhan dan  Mohd Badhri Radzi juga mempunyai kekuatan tersendiri dan boleh dikatakan pemain TRW sangat kuat.

“Jadi, saya perlu mencari jalan mengatasi semua ini terutama mengawal pergerakan Dickson. Selain itu saya juga akan memastikan keyakinan pemain kembali meningkat untuk perlawanan kedua nanti,” kata Sathianathan.

Namun, Sathianathan tidak menafikan, kelebihan kini milik Kelantan, apatah lagi mereka antara pasukan terbaik dalam Liga Malaysia ketika ini.

Namun, beliau menegaskan, dalam bola sepak apa saja boleh berlaku, apatah lagi pada kunjungan terakhir di Kota Bharu, ATM menang 3-1.

“Apa-apa boleh terjadi dalam bola sepak, pertemuan terakhir kami di Kota Bharu, kami menang 3-1.

“Jadi, saya yakin anak-anak buah saya akan bangkit, tetapi kami sedar bahawa ia bukan satu tugasan mudah untuk menjinakkan Kelantan di gelanggang keramat mereka.

“Pemain ATM memerlukan komitmen lebih 100 peratus jika mahu mencipta kejutan di Kota Bharu kelak, ” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.