Sarimah Ibrahim sah milik Tunku Jamie

SARIMAH Ibrahim sah bergelar isteri kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar dengan sekali lafaz tengah hari tadi.

SARIMAH Ibrahim sah bergelar isteri kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar dengan sekali lafaz tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz pengacara Bella saluran ntv7, Sarimah Ibrahim, 37, sah bergelar isteri kepada cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 43, jam 12.38 tengah hari tadi.

Pasangan itu dinikahkan jurunikah dari Istana Negara, Ustaz Nik Ridzuan Nik Mohamad dengan disaksikan wali-bapa Sarimah, Ibrahim Ahmad dalam majlis itu bertemakan tradisional dan kemelayuan yang berlangsung di sebuah hotel di sini.

Pihak pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas jumlah yang sama kepada pengantin lelaki. Sarimah turut menerima mas kahwin sebanyak RM6,000.

Sarimah bertunang dengan Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra dikenali Tunku Jamie pada 27 September tahun lalu.

Ini bukan perkahwinan pertama mereka. Sarimah pernah berkahwin pada 2006 tetapi bercerai pada penghujung Disember 2008.

Tunku Jamie pula sudah berstatus duda tanpa anak ketika bertemu Sarimah.

Yang turut hadir pada majlis ini ialah ibu bapa Tunku Jamie, Tunku Kecil Besar Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha dan Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah Tuanku Jaafar serta Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin, Tunku Ampuan Negeri Sembilan.

sar1.transformed

2ser5.transformed

20150502sarimah.transformed_0 (1)

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.