Saran Tun M tanding jika tak puas hati

image (4)

KUALA TERENGGANU – Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Terengganu menyarankan agar Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding pada pemilihan Umno nanti sekiranya tidak berpuas hati dengan kepimpinan sekarang.

Pengerusi BBC Terengganu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, pemilihan perdana menteri berdasarkan pemilihan presiden parti dan jika Dr Mahathir tidak puas hati bolehlah berlawan untuk jadi presiden parti baharu.

“Buatlah kalau nak tukar (ganti PM) pun, tiada masalah. Sekarang, beliau (Najib) adalah presiden parti, kecuali cukup korum untuk buat mesyuarat agung luar biasa untuk usul turunkan presiden parti, itu cerita lainlah.

“Kalau tak, kita tunggu tahun depan siapa nak berlawan, siapa yang bising-bising… berlawanlah. Boleh jadi presiden parti baharu, jadi perdana menteri. Mudah sahaja,” katanya ketika sidang media pada Sidang Dun ke-13 yang berlangsung di Wisma Darul Iman, semalam.

Katanya, kenyataannya itu bukan cabaran kepada bekas perdana menteri itu, namun tidak wajar apabila Dr Mahathir terus mendesak dan menyerang agar PM berundur.

“Bila kita suruh orang turun.. kita kena ingat, kita dulu pun tak sempurna. Semua pemimpin ada kelemahan, ada kelebihan,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.