Saingan makin sengit

PERTEMBUNGAN kumpulan H, kelayakan Piala Dunia 2014 semakin getir apabila peluang tiga pasukan teratas, Montenegro, England dan Ukraine bergelar juara kumpulan terus terbuka luas.

Pemain Ukraine, Levgenii Konoplianka (kanan) cuba melepasi halangan pemain Montenegro Savo Pavicevic.

Pemain Ukraine, Levgenii Konoplianka (kanan) cuba melepasi halangan pemain Montenegro Savo Pavicevic.

Kemenangan besar 4-0 Ukraine ke atas Montenegro yang beraksi dengan sembilan pemain selepas  Vladimir Volkov dan Savo Pavicevic dilayangkan kad kuning kedua, meletakkan skuad kendalian Mikhail Fomenko di tangga ketiga kumpulan, dengan 12 mata, dua mata dibezakan dengan Montenegro dan satu mata di belakang England.

“Kita tidak boleh kehilangan mata jika mahu layak ke pusingan seterusnya. Tiga mata ini amat berharga. Saya sering ingatkan pemain agar setiap pertemuan itu ibarat aksi final dan kita harus menang,” katanya.

Ukraine terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Roman Zozulya dilayangkan kad merah (m45), langsung tidak menggugat kemaraan mereka untuk meledak empat gol menerusi jaringan Denys Garmash (m52), Yevhen Konoplyanka (m77), Artem Fetetskiy (m85) dan Roman Bezus (m90).

Sementara itu, pengendali Montenegro, Branko Brnovic akui pertembungan itu merupakan aksi terburuk mereka dan pertama kali ditewaskan. Lebih buruk ia berlaku di hadapan penyokong sendiri di Stadium Pod Goricom.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku selagi permainan belum tamat. Saya yakin pasukan akan kembali bangkit selepas ini,” katanya.

Satu lagi pertembungan kumpulan H, menyaksikan Poland melakar keputusan seri 1-1 ke atas Moldova.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.