Sah, Anwar mahu kekal di Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pengumuman itu dibuat di hadapan kira-kira 500 penyokongnya ketika menghadiri ceramah umum di padang awam Taman Pauh sebentar tadi, sekali gus menamatkan spekulasi yang berlarutan hampir sebulan lalu.

Kelmarin beliau berkata akan bertanding di Perak, tetapi akan membuat keputusan akhir dan muktamad selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Permatang Pauh.

Dengan keputusan itu, beliau berharap dapat menjawab segala spekulasi mengenai kerusi yang akan ditandingi kali ini.

Beliau pada masa yang sama berharap pengundi dapat terus memberikan sokongan dan membantu beliau untuk mempertahankan kerusi di situ.

“Walaupun selepas ini saya akan sibuk membantu untuk mengukuhkan negeri Perak,saya berharap penduduk akan membantu pertahankan Permatang Pauh,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.