Rozita Che Wan Kuat Makan Sejak Hamil

ohmedia-zain-che-taRozita Che Wan atau Che Ta mengakui dia menjadi kuat makan sejak mengetahui dirinya hamil anak ketiga, tiga bulan lalu.

Malah, dia juga kini lebih kerap makan nasi pada waktu siang dan malam selain tekaknya lebih menggemari makanan masin dan masam.

Memetik kenyataan dalam Harian Metro, Che Ta berkata, “yang saya perasan, bila mengandung, saya lebih gemar makanan masin atau masam. Manakala makanan manis berat untuk saya telan”.

Pelakon berusia 41 tahun ini juga mendedahkan suaminya, Zain Saidin turut menjadi kuat makan berikutan sering menemani dirinya ketika menjamu selera.

Ini merupakan kehamilan kali ketiga Che Ta, sebelum ini hasil perkahwinan terdahulu, aktres tersebut dikurniakan dua anak lelaki, Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezra, 16. – MNH

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.