Rooney lonjak United

imageSELEPAS melengkapkan kontrak lumayan berjumlah RM1.64 juta seminggu, Wayne Rooney tidak menunggu lama apabila membantu kelabnya mengatasi Crystal Palace 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park, awal pagi semalam.

Rooney meledak gol kedua United pada minit ke-68 selepas menerima hantaran Patrice Evra.

Sebelum itu, Robin van Persie menyempurnakan sepakan penalti untuk United di depan pada m-62.

Kemenangan itu menyaksikan The Red Devils melonjak ke tangga keenam liga buat kali pertama sejak November, tahun lalu.

Bagi David Moyes, beliau berpuas hati dengan persembahan anak buahnya dan berharap momentum kemenangan dapat diteruskan pada perlawanan akan datang.

“Palace memberi tentangan sengit dan kami berdepan kesukaran untuk menembusi kubu mereka.

“Apa pun, United tampil baik sepanjang perlawanan dan kami layak mendapat tiga mata,” katanya.

Rabu ini, United terbang ke Greece untuk bertemu Olympiakos Piraeus pada aksi Liga Juara-Juara.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.