RON95, RON97 Naik 10 Sen, Diesel Naik 20 Sen April 2016

ron95

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 bagi bulan April masing-masing naik sebanyak 10 sen sementara harga runcit diesel naik 20 sen, berkuat kuasa tengah malam ini.

Naib Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Khairul Annuar Abdul Aziz berkata harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM1.70 seliter manakala harga runcit bagi RON97 ialah RM2.05 seliter.

“Harga runcit bagi diesel pula naik kepada RM1.55 seliter,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Harga runcit petrol sepanjang Mac adalah RM1.60 seliter bagi RON95, RM1.95 bagi RON97 manakala diesel dijual dengan harga RM1.35 seliter. – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.