Risau pokok hempap orang

Muthulahu menunjukkan pokok kering yang membahayakan penduduk selain tempat menunggu bas yang tidak dimanfaatkan.

Muthulahu menunjukkan pokok kering yang membahayakan penduduk selain tempat menunggu bas yang tidak dimanfaatkan.

BANDAR 32 – Penduduk di sekitar Bandar 32 dan Felda Tementi mahu pihak bertanggungjawab yang berkaitan membersihkan atau sekurang-kurangnya tebang pokok hampir mati berdekatan jalan utama, dekat sini.

Seorang penduduk, M Muthulahu, 41, berkata, terdapat banyak pokok kering yang hampir mati berdekatan sekolah dan keadaan ini membahayakan para pelajar.

Menurutnya, seharusnya pihak bertanggungjawab memandang serius perkara ini dengan menebang pokok tersebut.

“Kita risau kalau pokok itu tumbang tiba-tiba hempap orang… hempap para pelajar atau penduduk yang lalu di sini. Jadi lebih baik tebang sahaja pokok itu dan ditanam dengan pokok yang lebih rendang… dapat juga beri manfaat kepada penduduk,” katanya.

Selain masalah berkenaan, dia turut memberitahu perhentian menunggu bas di kawasan berkenaan juga tidak berfungsi.

“Tempat tunggu bas memang tak berfungsi… lebih-lebih lagi apabila kebanyakan penduduk di sini ada kenderaan sendiri ke ke luar bandar. Oleh itu, saya melihat ia merupakan satu pembaziran yang mana kos pembinaan tempat menunggu bas ini disalurkan pada projek yang lebih beri faedah dan manfaat kepada orang ramai.

“Ada beberapa tempat menunggu bas dibina di sini tapi bukan selalu digunakan… akhirnya kawasan di sini dipenuhi semak. Malah, tak ada orang yang berani nak menunggu di situ sebab takut diserang haiwan berbisa. Kalau ada pun, cuma mereka singgah sekejap nak rehatkan diri,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.