Renjatan Elektrik Kecil Untuk Kekal Segar

electric-565x258Meminum secawan kopi untuk tahan daripada mengantuk semestinya sesuatu yang tidak dapat dinikmati oleh kebanyakan askar yang sedang dalam operasi. Namun, teknologi ini mungkin mampu menjadi jalan penyelesaian buat masalah ini.

Salah satu daripada eksperimen berjaya dijalankan oleh Makmal Penyelidikan Tentera Udara Amerika Syarikat mendapati bahawa mereka mungkin boleh mengenakan renjatan elektik kecil pada manusia untuk kekal berwaspada.

Dengan penggunaan arus elektik kecil untuk merangsang beberapa bahagian utama otak, para saintis di makmal tersebut mampu membuat seseorang untuk kekal segar dan fokus untuk jangka masa yang agak panjang – hingga 30 jam dalam salah satu daripada hasil ujian mereka.

Bagaimanapun, teknik ini masih memberikan kesan kecil seperti iritasi kulit serta pening kepala yang singkat.

Namun, dengan kajian yang lebih lanjut, teknik ini semestinya mampu menjadi penentu ‘menang-kalah’ bagi mana-mana askar dalam misi penting.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.