Reformis ‘Berani Bogel’ Akan Tentang Anwar

Terdapat spekulasi mengatakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kajang bakal menjadi medan lambakan calon Bebas demi untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrhaim yang akan bertanding di situ.

Ramlan01Selepas bekas pembantu kepada peguam Anwar, Yuktes Vijay mengumumkan hasrat bertanding menentang Anwar, seorang lagi hari ini tampil mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas.

Beliau ialah Presiden sebuah pertubuhan NGO Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia Ramlan Abu Bakar.

Ramlan mahu bertanding selepas melihat ‘konspirasi politik’ yang ditunjangi Anwar menyusahkan rakyat, menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berpendapat, Anwar mempunyai agenda politik kotor dan secara halus ingin merampas jawatan menteri besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Saya reformis akan mencabarnya habis-habisan dalam pilihan raya nanti dan ini lah platform terbaik kepada reformis untuk mendedahkan kelemahan Anwar dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” beliau dipetik sebagai berkata.

Ramlan sebelum ini terkenal dengan “skuad berani bogelnya” dan lantang mencabar kerajaan Selangor. – IBNU KMynewshub.my

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.