‘Real Madrid patut menang’

Pemain tengah Atletico Madrid, Arda Turan (tengah) dan pertahanan Juanfran (kanan) berusaha mengekang kemaraan penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Pemain tengah Atletico Madrid, Arda Turan (tengah) dan pertahanan Juanfran (kanan) berusaha mengekang kemaraan penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti tidak berpuas hati keputusan seri tanpa jaringan semasa melayan Atletico Madrid pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Ancelotti menganggap Madrid sepatutnya mampu menang dengan penguasaan permainan dikuasai Los Blancos babak pertama.

“Ini bukan keputusan bagus. Kami bermain sangat baik babak pertama seharusnya mencipta gol.

“Kami melakukan beberapa usaha hebat di bahagian serangan dengan beberapa gerakan menarik, tapi tidak menyempurnakan gerakan itu sebaik mungkin.

“Tapi, babak kedua berbeza dengan Atletico lebih banyak menyerang dan kami dapat rasakan sukar mengawal gerakan. Apapun, kami akan bermain di laman sendiri selepas ini dan pemain perlu cuba mengulangi permainan pada 45 minit pertama untuk 90 minit keseluruhan perlawanan,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.