Real Madrid kenduri gol

BERMAIN di gelanggang sendiri dan jaringan hatrik Cristiano Ronaldo memastikan Real Madrid menang penuh bergaya 5-1 ke atas Real Sociedad, awal pagi semalam.

Ronaldo (kanan) meledak hatrik ketika pertemuan menentang Real Sociedad, semalam.

Ronaldo (kanan) meledak hatrik ketika pertemuan menentang Real Sociedad, semalam.

Dengan sokongan hampir 79,000 peminat setia mereka, Real bermula baik apabila Ronaldo hampir membuka jaringan namun percubaannya sekadar mengenai palang.

Namun pada minit ke-12, Ronaldo berjaya memecah kebuntuan gol dengan menyambut baik hantaran lintang Karim Benzema.

Tidak menunggu lama selepas itu, Benzema pula mencetak namanya sebagai penjaring gol apabila menyepak leret untuk menewaskan penjaga gol Sociedad, Claudio Bravo.

Kesilapan pemain tengah Markel Bergara menghadiahkan penalti kepada Real. Ronaldo mudah menyempurnakan penalti tersebut untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Keadaan bertambah buruk buat Sociedad apabila hantaran menarik daripada Gareth Bale berjaya disudahkan dengan baik oleh Sami Khedira pada m-26.

Separuh masa kedua, Los Blancos memperlahankan tempo permainan menyaksikan Sociedad berjaya mencuri satu gol menerusi sayap kirinya Antoine Griezmann.

Namun, Ronaldo memastikan malam gemilang buat Real dengan gol kelima dan juga jaringan ke-16 nya dalam La Liga, musim ini.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.