Rayu tidak dilarikan

AKTIVITI nelayan berjalan seperti biasa di sekitar perairan Lahad Datu.

AKTIVITI nelayan berjalan seperti biasa di sekitar perairan Lahad Datu.

Lahad Datu: “Saya diheret dan diarahkan masuk ke dalam bot mereka. Ketika itu, sebelah kaki sudah berada dalam bot dan saya merayu jangan dibawa lari kerana hanya pekerja.

“Lelaki yang mengacukan senjata ke arah saya itu kemudian menolak dahi saya hingga hampir terjatuh ke belakang dan terkeluar dari bot berkenaan,” kata Wali Gabi, 26, menceritakan detik cemasnya berdepan dengan sekumpulan penculik yang menculik pengurusnya di pusat penternakan ikan sangkar di Pulau Baik dekat sini, awal pagi, Selasa lalu.

Wali ditemui ketika menyambut kedatangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim ke pusat penternakan berkenaan, kelmarin.

Menurutnya, sebelum mengetahui pengurusnya (Yang Zailin) dibawa lari, dia sudah terserempak dengan kumpulan penculik terbabit di hujung sangkar ikan dan menegur mereka.

“Saya meminta mereka meninggalkan kawasan kerana ‘bos’ tidak membenarkan sesiapa yang tidak dikenali menghampiri kawasan penternakan itu.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.