Rajagobal: Harimau Malaya beri tentangan hebat

SHAH ALAM – Ketua jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk K. Rajagobal teruja dengan ‘penambahbaikan’ pasukan Malaysia dalam perlawanan kelayakan Kumpulan D Piala Asia 2015 di mana mereka semakin ‘mendekati’ pasukan dari negara-negara Timur Tengah.

Rajagobal

Rajagobal

“Saya gembira kerana kita tidak dikalahkan dengan mudah. Kita memberikan tentangan hebat terhadap dua negara Timur Tengah, Bahrain dan Qatar”.

Rajagobal bercakap kepada pemberita selepas perlawanan kelayakan kelima menentang Qatar berakhir dengan skuad ‘Harimau Malaya’ tewas 0-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Pemain ganti, Al-Ali muncul wira pasukan Qatar selepas tendangannya pada minit ke-65 memberikan mereka slot dalam perlawanan akhir Piala Asia 2015 di Australia.

“Sekarang kita lupa apa yang baru berlaku. Sebaliknya kita perlu menumpukan perhatian terhadap perlawanan kali terakhir menentang Yaman (pada Mac tahun depan),” kata Rajagobal.

Menyentuh kontraknya yang dijadual tamat pada 31 Dis, Rajagobal berkata beliau menyerahkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memutuskannya. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.