‘Raja Gula’ pulang ke Iskandar Malaysia

KUALA LUMPUR – “Di mana ada gula, di situ ada semut”, mungkin adalah peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan kehadiran “Raja Gula” Tan Sri Robert Kuok di Iskandar Malaysia di Johor.

Tan Sri Robert Kuok

Tan Sri Robert Kuok

Tidak mahu melepaskan peluang “manis” yang ditawarkan di wilayah ekonomi selatan itu, Kuok, yang dilahirkan di Johor, telah memilih Nusajaya sebagai destinasi pelaburan barunya.

Melalui Kuok Brothers Group, beliau telah membeli 5.058 hektar tanah dengan harga RM334 satu kaki persegi daripada UEM Land, di Puteri Harbour, salah satu mercu tanda utama di Nusajaya.

Kesediaan bilionair itu untuk membayar harga setinggi itu menunjukkan bahawa Puteri Harbour adalah satu pelaburan manis yang akan memberikan pulangan yang lebih manis pada masa akan datang.

Kepulangan Kuok tentunya akan membantu penduduk Johor dengan kesan limpahan dengan peluang pekerjaan dan perniagaan daripada campuran bangunan kediaman, serta, unit runcit dan komersil, RM1 bilion dalam nilai pembangunan kasar.

Kuok membangunkan tanah itu menerusi Southern Marina Development Sdn Bhd, a 70:30, sebuah syarikat usaha sama antara Kuok Brothers Group dan Khazanah Nasional Bhd.

Keluarga Kuok telah menubuhkan Malayan Sugar Manufacturing Company pada 1958 dan kemudian membuka ladang tebu pertama mereka menerusi Perlis Plantations enam tahun selepas itu.

Mereka kemudian menjual Malayan Sugar Manufacturing kepada Felda pada 2009 sebelum memperoleh sebuah syarikat gula Australia kemudiannya.

Sebelum meneroka peluang di Iskandar, Kuok telah memaklumkan rakan kongsinya, bilionair Australia Lang Walker, tentang potensi Iskandar Malaysia.

Kuok adalah rakan kongsi Walter dalam projek pembangunan semula Collins Square AS$1.4 bilion di Melbourne, Australia.

Dengan bantuan Kuok, Walker mengenal pasti dua kawasan di Johor Baru – Pantai Lido dan Teluk Senibong, tetapi beliau kemudiannya memilih Teluk Senibong.

Ini merupakan projek terbesar Walker di luar Australia di mana kerja-kerja sedang dijalankan untuk membina 7,000 unit kediaman di atas tanah pantai seluas 84 hektar sepanjang 10 tahun.

Projek AS$1.3 bilion itu, dibangunkan pada adas usaha sama dengan Iskandar Waterfront Sdn Bhd termasuk kondominium, pangsapuri, rumah kelompok, banglo berkembar dan rumah teres.

MIDF Research berkata penyertaan Kuoks dalam Puteri Harbour juga akan mempercepatkan momentum pembangunan Puteri Habour, berserta dengan Liberty Bridge, Encorp dan Tiong Nam Logistic.

Projek Kuok akan terletak berdekatan lain-lain projek di Nusajaya seperti D’Estuary, Residential North dan Residential.

Kenanga Research, sementara itu, berkata pengalaman luas Kuok Brothers, terutamanya dengan jenama kumpulan hotel Shangri-la Group akan terus mengukuhkan potensi Puteri Harbour.

Transaksi yang berlaku menjelang pilihan raya umum ini membuktikan kekukuhan potensi Iskandar Malaysia, di mana Nusajaya terletak dalam kawasan parlimen yang menyaksikan persaingan sengit iaitu Gelang Patah.

“Kami positif tetapi tidak terkejut,” katanya. HwangDBS Vickers Research juga percaya penyertaan Kuok akan mempercepatkan pembangunan keseluruhan di Puteri Harbour dengan penyertaan lain-lain pemaju harta ternama di sana.

“Ia adalah satu kejutan yang menggembirakan kami kerana kami tahu UEM Land sebelum ini hanya menimbangkan pembangunan bertingkat di atas tanah utama Puteri Harbour oleh syarikat itu sendiri,” kata firma penyelidikan itu. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.