Rafizi niat tanding Timbalan Presiden PKR?

image (7)SHAH ALAM – Susulan pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, hari ini, Pengarah Stategi PKR, Rafizi Ramli pula membangkitkan satu spekulasi mengenai jawatan nombor dua parti itu.

Rafizi yang dipetik dari laman akaun Twitternya berkata telah mendapat makluman ada khabar angin mengenai dirinya akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden.

“Saya dimaklumkan khabar-khabar angin saya bertanding Timbalan Presiden PKR.

“Buat masa sekarang saya tidak berniat bertanding apa-apa jawatan, tumpu menang Kajang,” tulis di laman sosial itu.

Pada Jumaat, media melaporkan Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang itu telah mengumumkan akan bertanding untuk jawatan nombor dua PKR selepas mendapat sokongan dan cadangan daripada rakan-rakan.

Pengumuman itu sekaligus menjadikan Abdul Khalid akan bersaing bersama penyandangnya, Azmin Ali.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.