Puteri Sarah Mohon Izin Suami Untuk Berlakon

4-Puteri-Sarah-Mohon-Izin-Suami-Untuk-Berlakon

Sudah lama tidak mendengar khabar berita dari pelakon Puteri Sarah yang juga isteri kepada pengarah Syamsul Yusof mengenai kerjayanya. Terkini, dia memberitahu akan muncul dalam sebuah telemovie tidak lama lagi.

Pun begitu, sebelum berlakon semula dia akan meminta izin suaminya itu terlebih dahulu dan katanya lagi, Syamsul akan membaca keseluruhan skrip lakonan sebelum membenarkannya berlakon.

“Saya kena beritahu dia sekiranya dapat tawaran berlakon. Seterusnya dia akan membaca dahulu skrip tersebut. Dia akan tengok kalau tak ada sentuh-sentuh, cintan-cintun baru dia okay,” katanya yang ditemui di Majlis Tayangan Filem Radhi Rudy bin Dadu.

Dalam pada itu, di majlis tersebut selepas dua tahun tidak muncul dalam sebarang filem mahupun drama, Puteri berkata kemunculannya dalam filem Radhi Rudy bin Dadu adalah kemunculannya terakhir sebelum berkahwin pada tahun 2014.

Filem tersebut juga turut dijayakan oleh pelakon hebat yang lain seperti Sofi Jikan, Usop Wilcha dan Ezzaty Abdullah. Filem Radhi Rudy bin Dadu bakal ditayangkan pada 8 September ini di seluruh pawagam tanah air.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.