Punca Kematian Sebagai “Luka Kelaran Di Leher”

KL40_260214_BUNUH-565x423KUALA LUMPUR – Kematian pembantu rumah warga Indonesia dan dua kanak-kanak di Taman Sri Putra, Sungai Buloh di sini malam semalam adalah akibat “luka kelaran di leher”.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang berkata perkara itu dimaklumkan kepada polis setelah proses bedah siasat selesai dijalankan pihak Hospital Sungai Buloh pukul 8 malam tadi.

“Pihak hospital juga mengesahkan pembantu rumah berumur 30 tahun itu membunuh diri kerana terdapat tanda-tanda awal cubaan membunuh diri seperti kesan-kesan tikaman pada bahagian badan hadapan si mati.

“Terdapat juga tiga kesan luka pada bahagian tepi leher kanan wanita itu sebelum dia membunuh diri dengan mengelar leher sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 8 pagi hingga 6 petang semalam, dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun maut dipercayai dikelar pembantu rumah mereka sebelum dia membunuh diri.

Kejadian itu diketahui kira-kira pukul 6 petang selepas nenek mangsa pulang ke rumah.

Dia menjumpai mayat cucunya yang berusia setahun enam bulan dan pembantu rumah warga Indonesia di bilik pembantu rumah, manakala seorang lagi dijumpai di tingkat atas.

Junaidi berkata tiada sebarang kesan pecah masuk dan empat anjing peliharaan keluarga berkenaan tidak menyalak ketika kejadian berlaku. – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.